Followers

Sunday, February 15, 2015

Perkahwinan..




PERKAHWINAN atau pernikahan dalam Islam adalah sesuatu yang dituntut. Nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (akad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.
Perkataan zawaj digunakan dalam al-Quran bermaksud pasangan; dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan. ALLAH SWT menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
ALLAH berfirman yang bermaksud: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran ALLAH.” (Surah Adz-Dzariyat: 49)
Keinginan untuk berkahwin adalah fitrah manusia, yang bererti sifat pembawaan manusia sebagai makhluk ALLAH. Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat fizikal dan rohaninya, pasti memerlukan teman hidup yang berlainan jenis. Teman hidup yang dapat memenuhi keperluan biologi yang boleh dicintai dan mencintai, yang dapat mengasihi dan dikasihi, yang boleh diajak bekerja sama untuk mewujudkan ketenteraman, ketenangan dan kesejahteraan hidup berumah tangga.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai pemuda sekalian! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Ajaran dan pendidikan Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat dalam membina keluarga dan membesarkan anak-anak. Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan negatif dan perkara yang tidak bermoral. Oleh itu, perkahwinan dan institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam, dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman mewujudkan keluarga sakinah, mawadah dan warahmah.

 copy paste dari blog dari ulum online :) 





Best regards,

Thanks For Reading..U can like it or leave a comment

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...